My FB Timeline

Share my thought, experience and knowledge

Kaspersky Internet Security 2015

Dapatkan key yang trusted untuk perlindungan PC dan laptop terbaik untuk anda di AakifShoppe.com

Homestay pada kadar yang berpatutan di Kota Kinabalu

Sewa harian pada kadar yang berpatutan di riahomestay, di UCA1 dan UCA2 Kota Kinabalu.

Koleksi Grafik dan Illustrasi Berkualiti Tinggi

Dapatkan koleksi grafik dan illustrasi berkualiti tinggi versi muat turun ini. Saiz melebihi 2.0 Gig sudah tentu menjimatkan wang anda pada harga berpatutan.

Wednesday, December 31, 2014

Tips Membeli Produk/Barangan/Software Secara Online

Saya selalu juga membeli barangan, produk atau apa sahaja secara online. Alhamdulillah setakat ini belum pernah tertipu lagi dan minta dijauhkan. Bersimpati juga kepada pembeli yang 'tekena' dengan penipuan online alias scammer ini.

Beberapa tips saya kongsikan sebagai rujukan bersama.

1. Check di Google

Kata kunci seperti penipu online oleh pengguna laman terdahulu dalam blog, laman web dan sebagainya tidak terlepas daripada enjin carian seperti google. Sekiranya anda deal dengan seseorang difacebook, google dahulu nama penuh pemilik FB atau taip sahaja nombor akaun, telefon dan lain-lain. Jika ada tersenarai dalam enjin carian, semaklah dahulu maklumat tersebut dan buatlah pertimbangan sebelum meneruskan urusan anda.

2. Sertai Group AntiScammer Di Facebook

Terdapat banyak group antiscammer dalam FB. Anda boleh sertai dan ikuti perkembangan. Contohnya https://www.facebook.com/Senarai.Penipu.Online.Malaysia.Detail . Namun maklumat yang diberikan tidak semestinya betul.


3. Periksa Komentar, Testimoni dan Sebagainya

Sebelum berurusan, anda boleh periksa dahulu komen-komen pengunjung dalam laman web tersebut. Jika kurang komen, laman web jarang update dan sebagainya, maka anda bolehlah berfikir 2 atau 3 kali sebelum meneruskan pembelian.

4. Periksa juga URL yang Digunakan

Penjual yang serius biasanya akan menggunakan hosting yang berbayar seperti .com,.my,.com.my dan sebagainya. Penjual yang menjual melalui facebook atau blog dan mempunyai laman web sendiri dengan hosting berbayar sudah tentu mempuyai kredibiliti dan kepercayaan daripada pengunjung yang ingin berurusniaga.


Apapun, penipuan bukan sahaja di alam maya, membeli dikedai biasa juga boleh tertipu. Amalkanlah doa-doa tertentu sebelum berurusniaga. Semoga bermanfaat.

Cara Kenal Pasti Power Bank Tiruan

Adakah anda pernah membeli power bank berjenama PINENG. Ingin mengenalpasti ketulinen power bank anda? Lakukan beberapa langkah berikut.




Cara untuk mengenal pasti produk PINENG yang tiruan!


1. Label pada kotak

Kesemua kotak power bank PINENG yang asli mesti mempunyai label. Ianya ada pada kesemua model. Anda perlu gores cop tersebut dan dua baris nombor akan kelihatan yang mana jumlahnya adalah 16 digit. Masukkan nombor tersebut pada ruangan Security check dihttp://en.pineng.cn untuk pengesahan.

Sekiranya kotak tersebut tidak mempunyai label security itu, ia adalah bukan produk yang asli.



2. Cop pada kotak

Pusingkan cop tersebut dan warna cop tersebut akan bertukar. Anda boleh melihat cop asli mempunyai tulisan 3D dan mempunyai kesan warna warni. Manakala yang tiruan pula hanya bewarna kuning.
3. Keputusan pengesahan kod

Gores cop pada kotak dan masukkan 16 digit kod pengesahan itu pada ruangan Security check di http://en.pineng.cn




i) Kesemua kod pengesahan adalah unik, anda mesti adalah orang yang pertama mengesahkan kod pada cop tersebut,
ii) Power bank PINENG yang palsu menggunakan kod yang sama pada kesemua produk mereka jadi anda akan tahu sekiranya kod tersebut sudah berkali-kali disemak dan disahkan.
iii) Sekiranya kod pengesahan anda tidak dapat dikesan oleh sistem ia bermakna produk yang anda beli itu adalah PINENG yang tiruan.


4. Bahagian belakang power bank



Power bank PINENG yang palsu menggunakan tulisan yang tebal.

5. Harga produk

Sila berpandukan harga di http://www.pineng.com.my sekiranya anda sedar yang harga dijual terlalu murah anda harus berwaspada.

6. Tempoh Waranti

Power bank PINENG yang asli menyediakan polisi waranti 1 tahun pertukaran 1 kepada 1 power bank yang baru.

Sumber: http://pineng.com.my/Beware-Of-Fakes






Kredit to www.siakapkeli.com.my

Thursday, December 18, 2014

Cover Action Untuk Jual Produk Digital

Menjual produk digital seperti e-book, software dan sebagainya memerlukan sedikit kemahiran terutama dalam editing dan ubahsuai menggunakan aplikasi asas seperti paint atau Adobe Photoshop. Imej di atas boleh digunakan sebagai promosi produk digital dalam facebook dan sebagainya.

Salah satu cara untuk menghasilkannya ialah menggunakan 'action' yang boleh dipasang pada Adobe Photoshop. Setelah script tersebut dipasang, anda boleh menyusun atur gambar dan perkataan pada ruang kerja dan dengan sekali klik sahaja gambar tersebut akan terhasil. Terdapat banyak 'action' file yang boleh didapati sama ada secara percuma atau berbayar. Dalam post ini anda boleh dapatkan secara percuma beberapa file action untuk anda cuba sendiri menggunakan Adobe Photoshop. Cuma masukkan nama dan email anda untuk mendapatkannya. Tutorial cara menggunakannya akan dishare pada posting yang lain.




Masukkan nama dan email anda disini!

Name:
Email Address:

This contact form was created by Freedback.




Maksud SEO...Apa itu SEO?

SEO ialah singkatan bagi perkataan Search Engine Optimization, iaitu satu usaha atau teknik yang digunakan oleh seseorang blogger untuk menarik trafik pengguna internet kelaman web/blog yang dibangunkan oleh seseorang. Ini bergantung kepada jenis blog yang dibangunkan sama ada untuk mendapatkan ranking yang tinggi dalam enjin carian atau sekadar berblogging suka-suka.




Antara teknik yang digunakan oleh seseorang blogger ialah :-


  • menggunakan kata kunci yang menarik
  • title dan meta tags
  • isi kandungan yang mantap



Kebiasaannya seseorang blogger akan memperkayakan maklumat-maklumat tersebut dengan menyunting kandungan html menggunakan perisian seperti Dreamweaver dan sebagainya. Terdapat bukan itu sahaja malahan banyak lagi teknik-teknik lain yang boleh digunakan yang akan dikongsikan pada posting yang lain.



Apa yang penting ialah apabila SEO anda baik, trafik akan meningkat dan kemungkinan pengunjung klik iklan yang dipasang pada blog juga tinggi selain untuk tujuan marketing dan jualan barangan anda.

Antivirus Terbaik Kaspersky Internet Security 2015

Tidak dinafilkan terdapat beberapa aplikasi antivirus yang terdapat dipasaran. Namun semuanya bergantung terhadap harga dan tahap keselamatan yang anda ingin perolehi untuk PC ataupun laptop anda. Salah satu aplikasi antivirus yang terbaik pada masa kini ialah Kaspersky Internet Security 2015.




Antivirus ini dibangunkan oleh Kaspersky Lab, salah sebuah syarikat yang berpangkalan di UK yang komited terhadap keselamatan berkaitan IT yang berkembang pesat diseluruh dunia. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini beroperasi di hampir 200 buah negara diseluruh dunia. Selain mempunyai lebih 3000 pakar dalam keselamatan IT, ianya juga terus berkembang dan mendapat tempat dikalangan pengguna PC diseluruh dunia.






Aplikasi ini ringan dan senang dikendalikan oleh PC/Laptop anda. Bagi yang selalu berurusan dengan perbankan internet adalah disyorkan menggunakan antivirus ini kerana urusan perbankan akan dilakukan dalam tetingkap yang mempunyai perlindungan keselamatan. Anda boleh mencuba aplikasi ini secara percuma dengan perlindungan penuh selama 30 hari disini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan key yang trusted untuk perlindungan sebenar selama 1 tahun bagi 3 PC disini.

Monday, December 15, 2014

Tebusan Australia 2014. Apa yang berlaku sebenarnya?

Tebusan Australia 2014


Hari ini kita dikejutkan dengan berita tebusan yang berlaku di salah sebuah negara paling selamat sekali di dunia iaitu Australia. Lebih kurang 30 tebusan ditawan dalam sebuah cafe dipusat bandar terkemuka negara itu. Melalui sumber yang boleh dipercayai, drama tebusan ini dilakukan oleh penganas. Kita doakan agar kes ini berakhir dengan aman tanpa sebarang kehilangan nyawa.


Sunday, December 14, 2014

Folder menjadi shorcut?Virus apakah?

Virus yang menyebabkan folder anda menjadi shortcut???

Jangan delete atau format pendrive anda kerana fail dan dokumen masih tersimpan disitu. Cuma fail anda telah disembunyikan menggunakan seting yang tertentu. Justeru anda boleh mengubah seting tersebut kembali kepada normal agar fail anda dapat ditemui semula.

Lakukan beberapa langkah seperti berikut :-

1. Menggunakan 'shortcut virus remover'

Anda boleh muat turun dipautan ini.




2. Menggunakan cara manual


  • Taip cmd dalam ruangan search program and files
  • Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.* dan Enter dimana f ialah lokasi pendrive anda.



Selamat mencuba.