Thursday, December 18, 2014

Antivirus Terbaik Kaspersky Internet Security 2015

Tidak dinafilkan terdapat beberapa aplikasi antivirus yang terdapat dipasaran. Namun semuanya bergantung terhadap harga dan tahap keselamatan yang anda ingin perolehi untuk PC ataupun laptop anda. Salah satu aplikasi antivirus yang terbaik pada masa kini ialah Kaspersky Internet Security 2015.




Antivirus ini dibangunkan oleh Kaspersky Lab, salah sebuah syarikat yang berpangkalan di UK yang komited terhadap keselamatan berkaitan IT yang berkembang pesat diseluruh dunia. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini beroperasi di hampir 200 buah negara diseluruh dunia. Selain mempunyai lebih 3000 pakar dalam keselamatan IT, ianya juga terus berkembang dan mendapat tempat dikalangan pengguna PC diseluruh dunia.






Aplikasi ini ringan dan senang dikendalikan oleh PC/Laptop anda. Bagi yang selalu berurusan dengan perbankan internet adalah disyorkan menggunakan antivirus ini kerana urusan perbankan akan dilakukan dalam tetingkap yang mempunyai perlindungan keselamatan. Anda boleh mencuba aplikasi ini secara percuma dengan perlindungan penuh selama 30 hari disini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan key yang trusted untuk perlindungan sebenar selama 1 tahun bagi 3 PC disini.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda. Terima kasih.