My FB Timeline

Share my thought, experience and knowledge

Kaspersky Internet Security 2015

Dapatkan key yang trusted untuk perlindungan PC dan laptop terbaik untuk anda di AakifShoppe.com

Homestay pada kadar yang berpatutan di Kota Kinabalu

Sewa harian pada kadar yang berpatutan di riahomestay, di UCA1 dan UCA2 Kota Kinabalu.

Koleksi Grafik dan Illustrasi Berkualiti Tinggi

Dapatkan koleksi grafik dan illustrasi berkualiti tinggi versi muat turun ini. Saiz melebihi 2.0 Gig sudah tentu menjimatkan wang anda pada harga berpatutan.

Saturday, January 17, 2015

Menjual Rugi Untuk Mendapatkan Untung


Keuntungan menjual topup tidaklah sebanyak mana. Dalam RM10 nilai topup yang terjual, saya hanya akan mendapat keuntungan antara 50sen hingga 70sen sahaja. Walaubagaimanapun, setiap peniaga atas talian pasti akan seronok melayan pelanggan kerana ianya dibuat secara sambilan dan duduk depan komputer di rumah.

Menjual rugi berlaku apabila melibatkan margin keuntungan yang kecil seperti di atas. Bayangkan kos menghantar mesej kepada server, melayan kerenah pelanggan yang bertanya itu dan ini, akhirnya kos ditanggung melebihi daripada yang sepatutnya. Justeru saya telah menjual topup dan menanggung kerugian!!


Walaubagaimanapun, lumrah peniaga online harus melayani kehendak pelanggan lebih-lebih lagi anda sendiri tidak tahu dengan siapa anda berurusan. Hal ini merupakan sifat yang sementara sahaja kerana jika mereka dilayani dengan baik, mereka akhirnya boleh menjadi pelanggan yang kekal setia bersama anda.


So dimana untungnya? Saya akan mendapat pelanggan yang sama pada masa akan datang, malah akan rekomen pula kepada rakan yang lain. Bersabar dan ikhlaslah dengan niat membantu orang lain, insya Allah akan ada jalan dan rezeki lain untuk anda, Sekadar perkongsian daripada secebis pengalaman seharian.



Tuesday, January 6, 2015

Strategi Peniaga Meletakkan Harga Jualan

Suatu ketika dahulu dipasaraya saya membeli beberapa helai baju untuk menyambut perayaan. Agak pelik melihat harga yang dijual seperti RM29.90, RM49.99 dan sebagainya. Dalam hati kenapalah pasaraya ni tak letak sahaja harga yang genap, kan senang mengiranya.

Selepas memasuki alam universiti dan belajar tentang perniagaan, ianya merupakan sebahagian daripada strategi peniaga meletakkan harga jualan yang juga disebut sebagai Psychological Pricing.


Strategi ini bukanlah menipu pembeli sebenarnya. Akan tetapi peniaga meletakkan suatu harga sebagai target. Dalam hal yang disebutkan tadi, peniaga sebenarnya meletakkan harga RM30 dan RM50. Akan tetapi mindset pembeli selalunya melihat angka yang dihadapan dan mengabaikan nilai ringgit atau sen yang dibelakang dan beranggapan berbelanja pada harga dibawah RM30 atau RM50.

Selain itu, terdapat juga cara lain peniaga meletakkan harga mereka. Salah satunya ialah Penetration Pricing, iaitu menjual sesuatu barangan pada harga yang murah terlebih dahulu. Apabila pengguna sudah mula menggunakan produk tersebut, maka mulalah peniaga menaikkan harga sedikit demi sedikit. Sebagai contoh stesen siaran satelit TV yang mula menaikkan harga akhir-akhir ini dan pelanggan terpaksa akur kerana kurangnya pesaing selain sudah lama melanggan.

Ada pula peniaga yang meletakkan harga tinggi bagi produk baharu yang dilancarkan. Ini disebut sebagai Skimming Pricing. Harga produk ini akan mula menurun apabila cycle produk itu telah tamat. Kebiasaannya dilakukan pada produk elektronik dan gajet seperti permainan konsol dan telefon bimbit.

Apapun harga yang anda letakkan, pastikan ianya mencapai matlamat keuntungan yang anda ingini.

Sunday, January 4, 2015

Gambar Kecil Sebagai Alat Pemasaran

Jika anda mempunyai sebuah blog atau laman web, anda boleh menggunakan gambar yang bersaiz kecil dengan pautan URL untuk disambungkan ke laman facebook, atau apa-apa jua page yang mempromosikan barangan jualan anda. Ini adalah kerana, kebanyakkan pengunjung yang melawati laman blog melayarinya menggunakan smartphone. Justeru blog anda akan dipaparkan dalam versi smartphone dimana gambar seperti header, background, widget dan sebagainya tidak akan ditunjukkan. Justeru disinilah gambar yang bersaiz kecil memainkan peranan sebagai alat marketing produk anda.

Yang lebih menariknya, anda tidak perlu mahir dalam perisian grafik untuk menghasilkan gambar bersaiz kecil yang menarik. Hanya perlu melayari laman berikut iaitu cooltext.com.

Pilih Logo Style

Selepas itu masukkan perkataan yang sesuai. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda.

Masukkan Perkataan Yang Sesuai
Oleh kerana gambar ini akan lebih sesuai jika dilayari menggunakan smartphone, saiz gambar hendaklah dikecilkan kepada 12 pixel atau lain-lain yang difikirkan sesuai.

Kecilkan Saiz kepada 12 pixel dan sebagainya

Muat Turun Imej dan Upload Ke Dalam Blog Anda
Anda boleh meletakkan gambar kecil ini di antara artikel atau content blog anda. Jangan lupa letakkan pautan URL terus ke Facebook atau laman web yang diingini.

Jangan Lupa Letakkan Pautan URL Pada Imej Tersebut
Akhir sekali, jika anda melayari blog menggunakan smartphone, anda akan dapati bahawa imej tersebut lebih menyerlah dan menarik perhatian pengunjung untuk klik pada pautan tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat,

Gambar Kecil Anda Dalam Versi Smartphone


Friday, January 2, 2015

Jangan Abaikan Meta data dan Tag Image Anda

Bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam enjin carian, salah satu maklumat yang sangat penting bagi blog atau laman web ialah meta data. Bagi anda yang mahir menggunakan perisian seperti dreamweaver, meta data terletak di antara <head> dan </head> . Data yang dimasukkan ini adalah tersembunyi dan tidak akan ditunjukkan dalam internet browser. Justeru anda boleh menaip apa sahaja perkataan yang berkaitan tentang blog dan laman web anda.

kandungan yang perlu dalam meta data
Kandungan meta data dalam sesebuah laman web

Antara maklumat yang perlu dimasukkan ialah deskripsi dan kata kunci yang sesuai untuk laman web anda. Di dalam sebuah blog, adalah dicadangkan sebanyak 10 kata kunci sahaja dan ianya mestilah power, unik dan berkaitan dengan laman web tersebut. Enjin carian akan merekod maklumat-maklumat tersebut dan jika bernasib baik, blog dan laman web anda akan sentiasa berada di atas berbanding laman web yang mengabaikan maklumat-maklumat yang dinyatakan.


Meta property seperti dalam gambar di atas pula sangat perlu bagi media sosial seperti facebook. Apabila anda berkongsi pautan url dalam facebook, maklumat seperti nama website, gambar yang berkaitan, tajuk dan deskripsi akan ditunjukkan. Secara tidak langsung menarik perhatian pelawat untuk klik pada pautan url yang anda kongsikan. Maklumat yang tidak tepat mungkin akan ditunjukkan jika anda mengabaikan bahagian tersebut. Boleh rujuk dan lihat pada setting>developers>tools>url debugger facebook anda okay.

dropship produk photoshop
Contoh imej yang muncul dalam media sosial apabila meta property dilengkapkan dengan betul

Bagi menyunting deskripsi dan kata kunci dalam blog, ianya boleh disetkan dalam template>edit html blogger anda dan lengkapkan maklumat yang berkaitan seperti gambar dibawah. Bagi blog lain seperti wordpress dan sebagainya juga mempunyai kaedah yang sama sahaja tetapi tidak dapat dikongsikan disini.


kandungan meta data blog
Edit meta data dalam blog anda

Akhir sekali jangan lupa juga meletakkan maklumat dalam setiap imej yang anda gunakan. Ianya terkandung dalam 'alt text' bagi setiap imej atau setkan sahaja dalam properties bagi setiap imej yang digunakan. 




Perkongsian ini mungkin sudah sedia ada di mana-mana blog atau website akan tetapi saya kongsikan sekali lagi dengan cara saya sendiri dan tidak semestinya blog/website anda akan terus berada diranking paling atas dalam enjin carian. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha ke arah itu. Semoga bermanfaat.



Thursday, January 1, 2015

Produk Homestay dan Konsep Yang Betul

Selain menyewakan rumah, salah satu cara untuk menjana kewangan pasif ialah menjadikan rumah sebagai homestay atau juga disebut sebagai inap desa. Sumber Utusan Online menyebut bahawa sesetengah rumah tumpangan atau sewaan harian telah disalahertikan sebagai homestay dan telah memberikan sedikit impak yang negatif kepada konsep kewujudannya yang sebenar.

Homestay merupakan konsep tinggal bersama dengan pemilik rumah yang mana mereka boleh merasai suasana kehidupan keluarga dan masyarakat setempat, malah bersama dalam kegiatan harian. Di situ, pelancong dapat merasai pengalaman baru dalam aspek budaya dan tradisi selain suasana persekitaran baru.



Yb Sr. Hj. Muhammad Farid Saat, Pengerusi Homestay Pulau Pinang di dalam kertas kerjanya menyatakan bahawa produk homestay bertujuan untuk mendedahkan pelancong daripada negara luar terutamanya untuk mempelajari budaya setempat, berkomunikasi dengan masyarakat selain melihat sendiri aktiviti seharian dalam sesebuah kampung.

Dalam hal ini, mungkin saya dan sesetengah anda terkhilaf menjadikan apartment atau rumah teres anda dengan menggunakan perkataan homestay sebagai kata kunci dalam mempromosikan apartment dan rumah anda sebagai sewaan harian. Oleh itu, adalah disarankan menggunakan istilah lain seperti penginapan harian, sewaan harian atau lainnya yang lebih sesuai.



Walaubagaimanapun, pihak kementerian setakat ini belum mempunyai kuasa untuk menghalang penggunaan istilah tersebut kerana ianya tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan.