Jika anda mempunyai sebuah blog atau laman web, anda boleh menggunakan gambar yang bersaiz kecil dengan pautan URL untuk disambungkan ke laman facebook, atau apa-apa jua page yang mempromosikan barangan jualan anda. Ini adalah kerana, kebanyakkan pengunjung yang melawati laman blog melayarinya menggunakan smartphone. Justeru blog anda akan dipaparkan dalam versi smartphone dimana gambar seperti header, background, widget dan sebagainya tidak akan ditunjukkan. Justeru disinilah gambar yang bersaiz kecil memainkan peranan sebagai alat marketing produk anda.
Yang lebih menariknya, anda tidak perlu mahir dalam perisian grafik untuk menghasilkan gambar bersaiz kecil yang menarik. Hanya perlu melayari laman berikut iaitu
cooltext.com.
 |
Pilih Logo Style |
Selepas itu masukkan perkataan yang sesuai. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda.
 |
Masukkan Perkataan Yang Sesuai |
Oleh kerana gambar ini akan lebih sesuai jika dilayari menggunakan smartphone, saiz gambar hendaklah dikecilkan kepada 12 pixel atau lain-lain yang difikirkan sesuai.
 |
Kecilkan Saiz kepada 12 pixel dan sebagainya |
 |
Muat Turun Imej dan Upload Ke Dalam Blog Anda |
Anda boleh meletakkan gambar kecil ini di antara artikel atau content blog anda. Jangan lupa letakkan pautan URL terus ke Facebook atau laman web yang diingini.
 |
Jangan Lupa Letakkan Pautan URL Pada Imej Tersebut |
Akhir sekali, jika anda melayari blog menggunakan smartphone, anda akan dapati bahawa imej tersebut lebih menyerlah dan menarik perhatian pengunjung untuk klik pada pautan tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat,
 |
Gambar Kecil Anda Dalam Versi Smartphone |
0 comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda. Terima kasih.