Tuesday, January 6, 2015

Strategi Peniaga Meletakkan Harga Jualan

Suatu ketika dahulu dipasaraya saya membeli beberapa helai baju untuk menyambut perayaan. Agak pelik melihat harga yang dijual seperti RM29.90, RM49.99 dan sebagainya. Dalam hati kenapalah pasaraya ni tak letak sahaja harga yang genap, kan senang mengiranya.

Selepas memasuki alam universiti dan belajar tentang perniagaan, ianya merupakan sebahagian daripada strategi peniaga meletakkan harga jualan yang juga disebut sebagai Psychological Pricing.


Strategi ini bukanlah menipu pembeli sebenarnya. Akan tetapi peniaga meletakkan suatu harga sebagai target. Dalam hal yang disebutkan tadi, peniaga sebenarnya meletakkan harga RM30 dan RM50. Akan tetapi mindset pembeli selalunya melihat angka yang dihadapan dan mengabaikan nilai ringgit atau sen yang dibelakang dan beranggapan berbelanja pada harga dibawah RM30 atau RM50.

Selain itu, terdapat juga cara lain peniaga meletakkan harga mereka. Salah satunya ialah Penetration Pricing, iaitu menjual sesuatu barangan pada harga yang murah terlebih dahulu. Apabila pengguna sudah mula menggunakan produk tersebut, maka mulalah peniaga menaikkan harga sedikit demi sedikit. Sebagai contoh stesen siaran satelit TV yang mula menaikkan harga akhir-akhir ini dan pelanggan terpaksa akur kerana kurangnya pesaing selain sudah lama melanggan.

Ada pula peniaga yang meletakkan harga tinggi bagi produk baharu yang dilancarkan. Ini disebut sebagai Skimming Pricing. Harga produk ini akan mula menurun apabila cycle produk itu telah tamat. Kebiasaannya dilakukan pada produk elektronik dan gajet seperti permainan konsol dan telefon bimbit.

Apapun harga yang anda letakkan, pastikan ianya mencapai matlamat keuntungan yang anda ingini.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda. Terima kasih.