Wednesday, December 31, 2014

Tips Membeli Produk/Barangan/Software Secara Online

Saya selalu juga membeli barangan, produk atau apa sahaja secara online. Alhamdulillah setakat ini belum pernah tertipu lagi dan minta dijauhkan. Bersimpati juga kepada pembeli yang 'tekena' dengan penipuan online alias scammer ini.


Beberapa tips saya kongsikan sebagai rujukan bersama.

1. Check di Google

Kata kunci seperti penipu online oleh pengguna laman terdahulu dalam blog, laman web dan sebagainya tidak terlepas daripada enjin carian seperti google. Sekiranya anda deal dengan seseorang difacebook, google dahulu nama penuh pemilik FB atau taip sahaja nombor akaun, telefon dan lain-lain. Jika ada tersenarai dalam enjin carian, semaklah dahulu maklumat tersebut dan buatlah pertimbangan sebelum meneruskan urusan anda.

2. Sertai Group AntiScammer Di Facebook

Terdapat banyak group antiscammer dalam FB. Anda boleh sertai dan ikuti perkembangan. Contohnya https://www.facebook.com/Senarai.Penipu.Online.Malaysia.Detail . Namun maklumat yang diberikan tidak semestinya betul.


3. Periksa Komentar, Testimoni dan Sebagainya

Sebelum berurusan, anda boleh periksa dahulu komen-komen pengunjung dalam laman web tersebut. Jika kurang komen, laman web jarang update dan sebagainya, maka anda bolehlah berfikir 2 atau 3 kali sebelum meneruskan pembelian.

4. Periksa juga URL yang Digunakan

Penjual yang serius biasanya akan menggunakan hosting yang berbayar seperti .com,.my,.com.my dan sebagainya. Penjual yang menjual melalui facebook atau blog dan mempunyai laman web sendiri dengan hosting berbayar sudah tentu mempuyai kredibiliti dan kepercayaan daripada pengunjung yang ingin berurusniaga.


Apapun, penipuan bukan sahaja di alam maya, membeli dikedai biasa juga boleh tertipu. Amalkanlah doa-doa tertentu sebelum berurusniaga. Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda. Terima kasih.