Friday, January 2, 2015

Jangan Abaikan Meta data dan Tag Image Anda

Bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam enjin carian, salah satu maklumat yang sangat penting bagi blog atau laman web ialah meta data. Bagi anda yang mahir menggunakan perisian seperti dreamweaver, meta data terletak di antara <head> dan </head> . Data yang dimasukkan ini adalah tersembunyi dan tidak akan ditunjukkan dalam internet browser. Justeru anda boleh menaip apa sahaja perkataan yang berkaitan tentang blog dan laman web anda.

kandungan yang perlu dalam meta data
Kandungan meta data dalam sesebuah laman web

Antara maklumat yang perlu dimasukkan ialah deskripsi dan kata kunci yang sesuai untuk laman web anda. Di dalam sebuah blog, adalah dicadangkan sebanyak 10 kata kunci sahaja dan ianya mestilah power, unik dan berkaitan dengan laman web tersebut. Enjin carian akan merekod maklumat-maklumat tersebut dan jika bernasib baik, blog dan laman web anda akan sentiasa berada di atas berbanding laman web yang mengabaikan maklumat-maklumat yang dinyatakan.


Meta property seperti dalam gambar di atas pula sangat perlu bagi media sosial seperti facebook. Apabila anda berkongsi pautan url dalam facebook, maklumat seperti nama website, gambar yang berkaitan, tajuk dan deskripsi akan ditunjukkan. Secara tidak langsung menarik perhatian pelawat untuk klik pada pautan url yang anda kongsikan. Maklumat yang tidak tepat mungkin akan ditunjukkan jika anda mengabaikan bahagian tersebut. Boleh rujuk dan lihat pada setting>developers>tools>url debugger facebook anda okay.

dropship produk photoshop
Contoh imej yang muncul dalam media sosial apabila meta property dilengkapkan dengan betul

Bagi menyunting deskripsi dan kata kunci dalam blog, ianya boleh disetkan dalam template>edit html blogger anda dan lengkapkan maklumat yang berkaitan seperti gambar dibawah. Bagi blog lain seperti wordpress dan sebagainya juga mempunyai kaedah yang sama sahaja tetapi tidak dapat dikongsikan disini.


kandungan meta data blog
Edit meta data dalam blog anda

Akhir sekali jangan lupa juga meletakkan maklumat dalam setiap imej yang anda gunakan. Ianya terkandung dalam 'alt text' bagi setiap imej atau setkan sahaja dalam properties bagi setiap imej yang digunakan. 




Perkongsian ini mungkin sudah sedia ada di mana-mana blog atau website akan tetapi saya kongsikan sekali lagi dengan cara saya sendiri dan tidak semestinya blog/website anda akan terus berada diranking paling atas dalam enjin carian. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha ke arah itu. Semoga bermanfaat.



0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda. Terima kasih.