My FB Timeline

Share my thought, experience and knowledge

Kaspersky Internet Security 2015

Dapatkan key yang trusted untuk perlindungan PC dan laptop terbaik untuk anda di AakifShoppe.com

Homestay pada kadar yang berpatutan di Kota Kinabalu

Sewa harian pada kadar yang berpatutan di riahomestay, di UCA1 dan UCA2 Kota Kinabalu.

Koleksi Grafik dan Illustrasi Berkualiti Tinggi

Dapatkan koleksi grafik dan illustrasi berkualiti tinggi versi muat turun ini. Saiz melebihi 2.0 Gig sudah tentu menjimatkan wang anda pada harga berpatutan.

Showing posts with label Power Bank. Show all posts
Showing posts with label Power Bank. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Cara Kenal Pasti Power Bank Tiruan

Adakah anda pernah membeli power bank berjenama PINENG. Ingin mengenalpasti ketulinen power bank anda? Lakukan beberapa langkah berikut.




Cara untuk mengenal pasti produk PINENG yang tiruan!


1. Label pada kotak

Kesemua kotak power bank PINENG yang asli mesti mempunyai label. Ianya ada pada kesemua model. Anda perlu gores cop tersebut dan dua baris nombor akan kelihatan yang mana jumlahnya adalah 16 digit. Masukkan nombor tersebut pada ruangan Security check dihttp://en.pineng.cn untuk pengesahan.

Sekiranya kotak tersebut tidak mempunyai label security itu, ia adalah bukan produk yang asli.



2. Cop pada kotak

Pusingkan cop tersebut dan warna cop tersebut akan bertukar. Anda boleh melihat cop asli mempunyai tulisan 3D dan mempunyai kesan warna warni. Manakala yang tiruan pula hanya bewarna kuning.
3. Keputusan pengesahan kod

Gores cop pada kotak dan masukkan 16 digit kod pengesahan itu pada ruangan Security check di http://en.pineng.cn




i) Kesemua kod pengesahan adalah unik, anda mesti adalah orang yang pertama mengesahkan kod pada cop tersebut,
ii) Power bank PINENG yang palsu menggunakan kod yang sama pada kesemua produk mereka jadi anda akan tahu sekiranya kod tersebut sudah berkali-kali disemak dan disahkan.
iii) Sekiranya kod pengesahan anda tidak dapat dikesan oleh sistem ia bermakna produk yang anda beli itu adalah PINENG yang tiruan.


4. Bahagian belakang power bank



Power bank PINENG yang palsu menggunakan tulisan yang tebal.

5. Harga produk

Sila berpandukan harga di http://www.pineng.com.my sekiranya anda sedar yang harga dijual terlalu murah anda harus berwaspada.

6. Tempoh Waranti

Power bank PINENG yang asli menyediakan polisi waranti 1 tahun pertukaran 1 kepada 1 power bank yang baru.

Sumber: http://pineng.com.my/Beware-Of-Fakes






Kredit to www.siakapkeli.com.my